PDRMsia … Individu Pelik Dakwa Diri Raja Merongmahawangsa II





Di laman Facebook seorang individu hari ini membuat pengumuman bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sudah pun menyerahkan kerajaan Malaysia dan negeri Kedah kepadanya.

Pengumuman individu yang menggelarkan dirinya HasbulJalil bin Hassan atau Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II.

Menurut status laman Facebook Jemaah Pemuda Bani Tamim Nusantara – Raja Mahawangsa II, baginda Yang di-Pertuan Agong sudah pun menyerahkan kerajaan itu kepada dia secara sulit dengan tarikh yang konon-konon dirahsiakan.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

“Dimaklumkan bahawa YDP Agong Malaysia Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Sultan Kedah melalui 2 orang wakilnya SECARA SULIT(tarikh dirahsiakan) sudah pun menyerahkan Kerajaan Malaysia dan Kedah ini kepada Beta, HasbulJalil Bin Hassan @ Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II selaku pewaris sah YDP Agong Malaysia dan Sultan Kedah di mana selepas ini akan di gelar Raja Nusantara atau Khalifah.

HasbulJalil berkata pengumuman sebegitu rupa hanya di Facebook dibuat kerana baginda Tuanku Abdul Halim menerima pelbagai tentangan dari beberapa pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya penentang tegar.

“Pengumuman ini di buat di sebabkan Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menerima pelbagai tentangan dari beberapa pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional yang di ketuai oleh Dato’ Seri Najib selaku penentang tegar yang menghalang Tunku Sultan Abdul Halim untuk istiharkan nya secara rasmi dan untuk maklumkan kepada semua rakyat untuk bersama dengan KELN tak perlu takut dan bimbang supaya peralihan ini berlaku secara aman,” katanya.

Daripada gambar dan laman Facebook berkenaan, pengumuman yang nampaknya dibuat oleh orang yang sama yang hadir ke perkarangan Istana Negara dengan berpakaian hitam tidak berapa lama dahulu untuk mengambil alih pemerintahan negara ini.  
sumber

Posting Komentar