Sinar Harian
14 Oktober 2012
                                PRU 13 pengaruh Dr M
 [MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI  PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM  KE-13]
 SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya, Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menceritakan bagaimana beliau dipinggirkan pada Pilihan Raya  Umum 2008 sehingga membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN).
 Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah  mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan  1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah  Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan  disusuli dengan 2008.
 “Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008  kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen  di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz.
 
“Di situ, saya bertemu seorang lelaki yang secara berseloroh berkata bahawa tidak wujud lagi demokrasi di dalam Umno. Saya memikirkan hujah beliau dan saya bersetuju,” tulis beliau dalam bukunya yang terbit tahun lalu.

 Menurut Dr Mahathir, hakikatnya tidak ada perkara yang lebih buruk  sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kritikan pedas terhadap  kepimpinan Abdullah melainkan kekalahan teruk BN pada PRU 2008.
 “Apabila penerbangan saya ke Riyadh telah dipinda, saya dengan serta  merta memanggil sidang media di rumah bagi menyatakan secara terbuka  bahawa Tun Abdullah mesti memikul tanggungjawab di atas keputusan itu  dan meletak jawatan.
 “Itulah cara yang terbaik selepas mengalami kekalahan teruk,” tulis Dr Mahathir.
 Pada PRU 2008, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang termasuk  Kelantan yang sudah sekian lama ditadbir Pas. BN juga dinafikan majoriti  dua pertiga di Parlimen.
 “Saya memang menjangkakan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan jatuh  ke tangan pembangkang, tetapi tidak menduga sama sekali Selangor dan  Perak juga akan tumbang,” tulis beliau. 
 Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya apabila Umno, sebuah parti  yang dikatakan bersifat demokratik tidak berlaku ketika era pemerintahan  Abdullah.
 “Di bawah kepimpinan Tun Abdullah, Presiden Umno itu menjadikan diri  beliau sebagai sebuah institusi. Cabaran terhadap beliau tidak  dibenarkan dan dasar serta tindakan beliau tidak boleh dipertikaikan.
 “Nampaknya, tugas setiap ahli dan perwakilan ke Perhimpunan Agung  adalah untuk menyokong Presiden dan memuji apa sahaja yang beliau  katakana,” tulis Dr Mahathir.
 
Setelah beberapa tahun negara di bawah pentadbiran Tun Abdullah, beliau kemudian memutuskan untuk bersuara apabila penggantinya itu secara mengejut membatalkan projek jambatan pada April 2006 yang menyebabkan kerajaan membazirkan wang negara sebanyak kira-kira RM800 juta atau lebih separuh daripada kos sebenar pembinaannya.
 
“... saya fikir, kerajaan sepatutnya meneruskan projek tanpa mempedulikan Singapura.

 “Saya ada satu pilihan sahaja, iaitu berdiam diri dan mengekalkan imej  negarawan yang dihormati atau bersuara semula. Saya memilih bercakap  kerana saya tidak dapat menanggung beban melihat negara kita menyerah  kalah kepada Singapura,” ujar beliau.
 
Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya.
Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya.
 Pilihan raya itu diadakan beberapa bulan selepas Datuk Seri Anwar  Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden  Umno.
 Ketika itu, BN tewas di Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang mendapat lebih banyak kerusi berbanding 1995.
 “Saya boleh melengahkan pilihan raya itu, tetapi saya tidak pasti sama  asa keadaan akan berubah dan menyebelahi kita,” tulisnya.
 Peristiwa penyingkiran Anwar bertambah tragis dengan kisah mata  lebamnya sehingga menimbulkan kemarahan yang memuncak di kalangan orang  Melayu.
 
Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang.
Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang.
 Ketika itulah undi Cina memainkan peranan besar dalam memenangkan BN apabila undi Melayu jatuh merudum.
 “Pilihan raya Umum 1999 amat sukar. Sentimen negatif di kalangan orang  Melayu amat ketara, khususnya apabila Pas cuba memburuk-burukkan saya  dengan pelbagai gelaran,” tulis mantan Perdana Menteri itu.
 Selepas PRU 1999, Dr Mahathir berkata, beliau sekali lagi menimbang  untuk bersara namun akhirnya memutuskan untuk memulihkan kekuatan dalam  parti, kestabilan politik dan sosial negara, menjana pertumbuhan ekonomi  dan memperkukuhkan kewangan kerajaan.
 
“Saya tidak mahu pengganti saya mewarisi masalah-masalah yang tercetus dalam perkhidmatan saya,” tulisnya.
 
Selama 22 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan satu tempoh yang benar-benar berbaloi buat dirinya dalam membawa nama Malaysia ke seantero dunia.

 Namun setelah meninggalkan tampuk pemerintahan, Dr Mahathir mula  mempelajari suatu perkara baru dalam arena politik negara yang amat  menyedihkan beliau.
 
“Saya mempelajari bahawa tidak ramai ahli politik boleh mengekalkan taat setia mereka kepada seseorang untuk selamanya.
 
“Sebaik sahaja kita hilang jawatan dan kuasa, mereka akan mengetepikan kita dan mengalih kesetiaan serta sokongan kepada sesiapa sahaja yang mengambil alih tempat kita. Malah mereka akan mengutuk kita kalau mereka fikir itu akan menyenangkan ketua baru mereka.
 
“Seperti kata sebuah lagu Inggeris, tiada siapa pun kenal anda bila anda tersungkur dan tersingkir," tulis Dr Mahathir lagi.

Posting Komentar