RAHSIA DAVID COOPERFIELD TERBANG TERBONGKAR

Ketika saya melihat pertunjukan terbangnya di TV suatu ketika dulu, Pasti semua orang (termasuk saya) menyangka aksi terbang David Cooperfield itu menggunakan bantuan jin atau hantu.

Tapi akhirnya saya dapat tahu trik itu hanyalah menggunakan kecanggihan teknologi moden. Saya mendapat maklumat ini dari sebuah laman web di luarnegeri bambinidisatana.com 
laman web ini telah mendedahkan dengan terperinci bagaimana David Terbang.

LIHAT VIDEO :



Baiklah seperti saya katakan sebelumnya, teknologi! David dalam menjalankan aksinya dibantu oleh 2 utas tali yang tebalnya 1 mm yang untuk setiap talinya mampu mengangkat beban seberat 100 kg. Hmm… hebat tak tali tersebut? Tebal cuma 1 mm tapi kuat betul? Tapi menurut info tali ini hanya dibut dan di tempah khas untuk David Cooperfield sahaja.


Kerana halusnya tali tersebut, ditambah lagi dengan permainan cahaya pentas, Kelihatan David seakan melayang tanpa bantuan apa-apa pun. Dan kalau kita perhatikan, David menggunakan sweater (Baju tebal lengan panjang yang labuh) dalam aksi terbangnya itu. Terbukti ada tujuannya, Iaitu untuk menyembunyikan alat dipinggangnya tempat untuk mengikatkan tali tersebut!

Tali tersebut digerakkan oleh mesin di atas pentas menurut info merupakan alat yang paling mahal untuk trik terbang ini. Peralatan tersebut dapat menggerakkan David dalam keadaan beragam kecepatan dan memiliki gerakan yang amat halus. Ingat! beliau terbang bukan dengan bantuan JIn atau Hantu...


BANTUAN JIN
Mungkin selama ini anda masih tertanya-tanya adakah ahli silap mata terkenal dunia kelahiran Rusia, David Copperfield menggunakan bantuan jin atau ilmu sihir untuk melakukan sesetengah skil yang dilihat sangat mustahil jika diikut logik akal.

Ilmu sihir adalah perkara mustahil dalam dunia silap mata kerana David Copperfield sememangnya seorang ahli silap mata tegar.

David sememangnya mempunyai latar belakang silap mata, dan jika anda hendak tahu, setiap hari David akan praktik dan membuat latihan selama 18 jam dan selama minimum 20 tahun lamanya. Barulah ketika itu, dia boleh menjadi David Copperfield yang kita kenali kini.

secara logiknya, jika sememangnya mereka menggunakan ilmu sihir, tidak perlu untuk membuang masa berlatih sehingga berpuluh-puluh tahun untuk menjadi seorang ahli silap mata yang handal.

Namun kadangkala apa membuatkan masyarakat berfikir david menggunakan ilmu sihir kerana kecanggihan skil dan peralatannya yang sangat mahal.

"Sebenarnya kesemua itu adalah tinjauan dari praktis selama bertahun-tahun lamanya. Bak kata pepatah Inggeris, practice makes perfect. Itu satu perkataan yang saya boleh katakan terhadap dunia silap mata,". Sekian dari alamcyber2020.

Posting Komentar