Sebahagian  tenaga penting dalam menjayakan kempen sejuta tandatangan bantah Lynas.  Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Kumpulan  pejuang alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini merancang mengumpulkan  sejuta tandatangan dan mengadakan perhimpunan besar-besaran Oktober ini  bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.
 Presidennya, Wong Tack, berkata kempen itu bermula 1 Ogos ini dan  kemuncaknya pada 24 Ogos apabila semua 10,000 sukarelawan berhimpun di  stesen masing-masing bagi mengumpul sejuta tandatangan.
 "Kempen ini bermula 1 Ogos dan tempoh 100 hari ialah jarak masa untuk  mengumpulkan sejuta tandatangan," katanya pada sidang media di Dewan  Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, hari ini. 22 Julai, 2013.
 Tandatangani melalui kempen bertema Kuburkan Lynas dengan sejuta  tandatangan akan dihantar pada September ini kepada Yang di-Pertuan  Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi  yang ada kaitan niaga dengan Lynas .
 Jika tiada tindakan susulan dari Barisan Nasional (BN), Wong berkata  pihaknya akan menganjurkan Himpunan Hijau 2.0 secara besar-besaran pada  Oktober sebagai tanda bantahan.
 "Ya, kami akan pertimbangkan satu perhimpunan. Kemungkinan ia akandiadakan pada Oktober nanti.
 "Oktober adalah tarikh baik memandangkan Ogos dan September banyak  perayaan. Jadi kami rasa bulan tersebut terbaik," katanya apabila  ditanya sama ada perhimpunan besar-besaran dibuat selepas mengumpul  sejuta tandatangan.
 Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.
 "Kita akan umumkan rancangan penuh perhimpunan kemudian," katanya turut  yang bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 Beliau juga mendakwa Putrajaya mungkir janji untuk menghentikan operasi  kilang Lynas itu jika penduduk Kuantan menolak Barisan Nasional (BN)  pada PRU 13.
 "Dulu sebelum pilihan raya, kerajaan kata biar penduduk Kuantan pilih  tapi apabila penduduk membuat keputusan, menteri besar dan menteri  bertanggungjawab berdiam diri," katanya. 22 Julai, 2013.
Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.
Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.
 "Kita akan umumkan rancangan penuh perhimpunan kemudian," katanya turut  yang bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 Beliau juga mendakwa Putrajaya mungkir janji untuk menghentikan operasi  kilang Lynas itu jika penduduk Kuantan menolak Barisan Nasional (BN)  pada PRU 13.
 "Dulu sebelum pilihan raya, kerajaan kata biar penduduk Kuantan pilih  tapi apabila penduduk membuat keputusan, menteri besar dan menteri  bertanggungjawab berdiam diri," katanya.
 November tahun lalu, Himpunan Hijau mengadakan perarakan besar-besaran  di Dataran Merdeka selepas berjalan kaki sejauh 300 kilometer selama 13  hari bermula di Kuantan.
 Kumpulan itu juga mendapat sokongan empat NGO lain iaitu Jawatankuasa  Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang,  dan NGO, anti-empangan Murum.- 22 Julai, 2013.
The Malaysian Insider 

Posting Komentar